Admin Kita On Sunday, March 25, 2012 At 1:40 PM
Flash mob seriously! Ini satu cerita hot yang boleh kita kongsi bersama. Bukan satu fenomena baru sebenarnya, malahan telah menjadi ikutan sejak 2003 lagi. Macam mana benda flash mob nie di discover pun satu hal jugak. Ceritanya begini, pada zaman 2003, ada sorang mamat nama Bill Wasik tiba-tiba jatuh dek terlanggar dinding maka dengan itu mengarahkan kuncu-kuncu beliau untuk menari secara tiba-tiba di tempat umum dalam satu bandaraya bernama Manhattan. 

Macam mana boleh dapat flash mob senang saja. Lepas aktiviti menari dan menyanyi tiba-tiba macam orang gila tu berjaya selepas 2 kali percubaan yang gagal sebelumnya blogger menjadikan acara tersebut sebagai ruangan topik entri mereka. Siapa yang start dulu admin pun tak tahu sebab wikipedia cakap The first documented use of the term flash mob as it is understood today was in 2003 in a blog entry posted in the aftermath of Wasik's event Boleh check ini website kalau tak percaya atau ragu-ragu untuk percaya http://en.wikipedia.org/wiki/Flash_mob. Okay percayalah.

Flash mob nie sebenarnya aktiviti berkumpulan, macam hiburan jalanan tapi penuh elemen kejutan sebab memang akan mengejutkan orang di sekeliling dengan tindakan menari sorang-sorang macam orang hilang akal lepas tu ramai pulak yg join jadi geng. Selalunya respon atau tindakbalas awal para penonton memang blur gila tapi lepas tu bole pulak join sama. Okay itu dikira berjaya, hurray!

Benda ni jadi internet phenomena,kata wikipedia dalam abad 21.Tau-tau lah orang bila ada benda cool, paling trendy, paling attractive orang suka ikut-ikut lepas tu jadi popular.  Sebenarnya orang yang involve dalam aktiviti flash mob nie ditarik melalui website! Ya sebab tu wiki kata ini internet phenomena. Ada pihak yang organized flash mob, apa yang kita perlu untuk join just masuk laman web dia dan isi borang. Diorang pun rajin jugak update perkembangan mana la tau tempat korang ada flash mob bole la masuk tv, paling koman pun YOUTUBE. Sini ada sikit video untuk korang tengok dan menghayati seni 'flash mob' atau dalam bahasa melayu, kilat mob (google translate)


1. Flash Mob B.E.P I gotta Feeling dalam Oprah Winfrey Show. Nie lah pertama kali editor tengok flash mob, serious cool macam ada dalam konsert tu sekali :D





2. Flash mob Missing You KLIA. Serious paling best memang made in Malaysia tanah tumpah darah kita. Kalau selalu Flash mob di Barat tak begitu menonjol semangat perkauman,bangsa mereka tapi kita lain. Totally different dan paling manang orang Sabah bilang. 








3. Flash mob T-mobile. Yang ini pun best jugak. Sumpah tak tipu. 




Ada banyak lagi video flash mob yang best dekat youtube, korang bole ushar bukan susah pun taip flash mob nanti ada ribu-ribu result keluar. Sebenarnya flash mob bukan sahaja satu bentuk hiburan tapi dalam pada masa yang sama menyampaikan mesej penting untuk komuniti (bergantung kepada lagu dan tarian) dan jugak menunjukkan semangat kerjasama dan kreativiti yang ada dalam diri ahli flash mob tu masing-masing. 

Flash mob ada dalam banyak bentuk lagi,silent disco apa kejadah tu, pillow fight dan flash mob juga sebenarnya dikenali sebagai smart mob dalam politik untuk mengekspresikan political protests tp editor lagi prefer flash mob berbentuk hiburan. Boleh masuk YOUTUBE. kan ?