Admin Kita On Friday, September 9, 2011 At 4:16 AM

Bukit Silam  

 

pemandangan dr atas Bukit Silam


jalan raya seppanjang 9.7 km bermula drpd kaki bukit

ekspedisi pada pagi amat menyeronokkan sbb dpt tengok matahari timbul


pemandangan hijau daerah Lahad Datu

pemandangan laut Lahad Datu


Bukit Silam terletak di Pantai Timur Sabah, 20 minit perjalanan daripada bandar Lahad Datu melalui jalan ke Tawau. Sepanjang perjalanan tersebut anda akan melihat papan tanda Lemabah Danum, masuk ke simpang kanan dan berhenti d hadapan pagar utk mendaftar dan membayar yuran masuk. Bukit Silam dahulunya hanya merupakan stesen pemancar , tetapi pihak kerajaan Sabah telah menjadikan Bukit Silam sebagai destinasi pelancongan pada masa kini.  
suhu semakin sejuk apabila pendakian semakin tinggi

klaw ada nasib boleh tengok awan dekat2 ja..

jalan berturap sehingga ke stesen pemancar

suhu boleh mencapai serendah 24°C berkabus dan lembab

2 pemancar yg berada hampir dengan puncak Bukit Silam

ne menara yg bru sahaja dibuat sekitar tahun ne jgak la.. ekspedisi KJOR sebelum ni,menara ni blum dibina lagi.. menara ne digunakan utk melihat pemandangan seluruh daerah Lahad Datu

keadaan lembab dan berkabus seperti di negara luar..

stesen pemancar yg tinggi diselubungi awan.

 Pelbagai jenis periuk kera yg terdapat d Bukit Silam

Periuk kera jenis karnivor





ni pemandangan drpd atas menara tadi


ni tau apa??? tempat buang sampah@ tong sampah


Sekiranya anda merancang ingin melawat tempat ini, saya sarankan agar anda memulakan perjalanan kaki daripada kaki bukit. Semasa ekspedisi Kelab Jiwa Orang Remaja, kami telah mencuba ekspedisi daripada kaki bukit dengan berjalan kaki. ekspedisi tersebut memang amat memenatkan, tetapi anda akan berasa seronok sepanjang perjalanan kerana dapat melihat keindahan alam semulajadi yang sangat cantik.

Selami, Hormati dan Nikmati Pemandangan Indah :)

0 comments:

Post a Comment