Admin Kita On Saturday, September 10, 2011 At 7:49 AM
         ok2.. pada kali nie editor ingin berkongsi sesuatu kepada ahli2 KJOR iaitu TR @ trend remaja. Dalam post ni, editor akan membincangkan perkara-perkara yang kebiasaan nya dilakukan oleh remaja pada masa kini. Nasihat editor kepada kawan-kawan sekalian, luangkanlah masa untuk mempelajari sesuatu daripada melakukan sesuatu yang tidak berfaedah.
1)

     sekarang ni, remaja sangat tertarik dengan muzik tidak kiralah mendengar muzik atau bermain alat muzik. seperti yang kita tahu ramai band2 independent yang telah membuka nama dalam industri seni. kebanyakan ahli2 band tersebut merupakan remaja. Pada asasnya, aktiviti berkaitan muzik ini sepatutnya dapat mengelakkan remaja daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Bersama ini, editor menampilkan band butang yang merupakan band independent dari Sabah. Editor berharap kawan2 mendapat semangat baru untuk melakukan sesuatu seperti band ini.


Band yang berasal dari Sandakan,Sabah ini Ditubuhkan oleh 4 orang sahabat pada tahun 2004.Anggota band Butang terdiri daripada sulaiman arsyad selaku pmain bass,zulkepli salleh selaku pemain drum,faizullah awang sebagai pemain gitar utma,dan kamir russin sebagai vokal utama & 2nd gtar.

Mengikut sejarah awal penubuhan band Butang,tahun 2007, mereka telah bermula mengumpul idea minda masing2 dan berusaha untuk mencipta hasil karya terbaik untuk diperdengarkan kepada semua.

Tahun 2008,mereka telah mengeluarkan demo pertama yang untuk diperdengarkan kepada umum dimyspace dan Friendster mereka.Nama band ini diambil sempena idea seorang rakan myspace mereka iaitu UNIO.

Untuk maklumat lanjut,layari Myspace mereka dengan click link dibawah.

http://www.myspace.com/butangindieband

Tracklist:

1) Sahabat
2) Sahabat Akustik
3) Hybird Lady
4) Sandiwara Dunia



2) aktiviti sukan
   remaja juga suka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Hal ini kerana, fizikal remaja sangat sesuai melakukan sukan. Kali ni, editor ingin memperkenalkan kepada semua sesuatu yang sangat sinonim dengan remaja, iaitu Fixie. 

Mesti korang tertanya apa itu Fixie kan..?? Fixie tu basikal track la yang Josiah Ng selalu guna semasa perlawanan sukan asia tuh.. Di USA ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear/wheel bicycle.. Membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, dengan gear tetap, dan juga boleh di tunggang secara reverse.. Siap boleh reverse lagi tuh.. Biasanya di guanakan untuk track cycling di dalam velodrome.. Di U.K sehingga 1950 penunggang biasanya menggunakan fixie untuk time trials.
Korang perasan tak sekarang ni ramai pulak anak remaja yang beriadah menggunakan basikal fixie ni..Sebenarnya, fixie ni kalau kat luar dah lama popular, tapi kat Malaysia ni, baru tahun lepas popular, tahun ni makin bertambh pulak jumlahnya.. Bagus jugak fixie ni sebenarnya.. Boleh menyihatkan badan, sekurang-kurangnya peluh pon keluar kan, dari melepak tak tentu hala kat shopping mall ataupon merempit yang lebih berisiko untuk maut itu..

Colorfull
Apa yang dapat dilihat, pemiik fixie lebih gemar mewarnakan basikal mereka dengan warna-warna yang terang.. Apabila mereka bergerak secara berkumpulan dengan fixie pelbagai warna, ia sudah pasti memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.. Selalunya mereka memilih fluorescent color, kerana bukan sahaja terang, malah warnanya lebih menarik dan ceria.. Sesuai sangat jika ditunggang ketika riadah kerana melalui warna pon jiwa si penunggang dapat merasai ketenangan.. Apatah lagi orang sekeliling yang memerhatikannya..
Masalahnya disini adalah keselamatan penunggang kerana disebabkan basikal fixie tiada brek, ia memerlukan kemahiran si penunggang untuk memberhentikannya.. Tapi apa yang editor tahu, fixie yang digunakan untuk beriadah ini dilengkapi dengan brek.. Jadi tak perlu risau dah bab brek tu.. Keselamatan ketika menunggang secara berkumpulan juga perlu diambil berat sebelum perkara yang tak diingini berlaku.. Jangan sampai riadah bertukar padah..
P/S : Harap-harap lepas ni gejala rempit semakin berkurang lah ya.. Fixie ni laju jugak apa.. Ada berani..??


Setakat ini sahaja yang editor dapat kongsikan kepada kawan-kawan sekalian. semoga dengan aktiviti tersebut, remaja dapat meluangkan masa untuk berfikir serta melakukan sesuatu dengan hidup anda agar hidup lebih bermakna.
Selami, Hormati dan Nikmati kehidupan bermakna.. :)





1 comments:

Admin Kita said...

sori ada problem dengan link group butang.. klau mw tau status bdak2 butang skarang.. bole join group ne : https://www.facebook.com/groups/273796562648640/ ahli2 band butang suma dalam group nhe.. :)

Post a Comment