Admin Kita On Sunday, March 25, 2012 At 1:40 PM
Flash mob seriously! Ini satu cerita hot yang boleh kita kongsi bersama. Bukan satu fenomena baru sebenarnya, malahan telah menjadi ikutan sejak 2003 lagi. Macam mana benda flash mob nie di discover pun satu hal jugak. Ceritanya begini, pada zaman 2003, ada sorang mamat nama Bill Wasik tiba-tiba jatuh dek terlanggar dinding maka dengan itu mengarahkan kuncu-kuncu beliau untuk menari secara tiba-tiba di tempat umum dalam satu bandaraya bernama Manhattan. 

Macam mana boleh dapat flash mob senang saja. Lepas aktiviti menari dan menyanyi tiba-tiba macam orang gila tu berjaya selepas 2 kali percubaan yang gagal sebelumnya blogger menjadikan acara tersebut sebagai ruangan topik entri mereka. Siapa yang start dulu admin pun tak tahu sebab wikipedia cakap The first documented use of the term flash mob as it is understood today was in 2003 in a blog entry posted in the aftermath of Wasik's event Boleh check ini website kalau tak percaya atau ragu-ragu untuk percaya http://en.wikipedia.org/wiki/Flash_mob. Okay percayalah.

Flash mob nie sebenarnya aktiviti berkumpulan, macam hiburan jalanan tapi penuh elemen kejutan sebab memang akan mengejutkan orang di sekeliling dengan tindakan menari sorang-sorang macam orang hilang akal lepas tu ramai pulak yg join jadi geng. Selalunya respon atau tindakbalas awal para penonton memang blur gila tapi lepas tu bole pulak join sama. Okay itu dikira berjaya, hurray!

Benda ni jadi internet phenomena,kata wikipedia dalam abad 21.Tau-tau lah orang bila ada benda cool, paling trendy, paling attractive orang suka ikut-ikut lepas tu jadi popular.  Sebenarnya orang yang involve dalam aktiviti flash mob nie ditarik melalui website! Ya sebab tu wiki kata ini internet phenomena. Ada pihak yang organized flash mob, apa yang kita perlu untuk join just masuk laman web dia dan isi borang. Diorang pun rajin jugak update perkembangan mana la tau tempat korang ada flash mob bole la masuk tv, paling koman pun YOUTUBE. Sini ada sikit video untuk korang tengok dan menghayati seni 'flash mob' atau dalam bahasa melayu, kilat mob (google translate)


1. Flash Mob B.E.P I gotta Feeling dalam Oprah Winfrey Show. Nie lah pertama kali editor tengok flash mob, serious cool macam ada dalam konsert tu sekali :D





2. Flash mob Missing You KLIA. Serious paling best memang made in Malaysia tanah tumpah darah kita. Kalau selalu Flash mob di Barat tak begitu menonjol semangat perkauman,bangsa mereka tapi kita lain. Totally different dan paling manang orang Sabah bilang. 








3. Flash mob T-mobile. Yang ini pun best jugak. Sumpah tak tipu. 




Ada banyak lagi video flash mob yang best dekat youtube, korang bole ushar bukan susah pun taip flash mob nanti ada ribu-ribu result keluar. Sebenarnya flash mob bukan sahaja satu bentuk hiburan tapi dalam pada masa yang sama menyampaikan mesej penting untuk komuniti (bergantung kepada lagu dan tarian) dan jugak menunjukkan semangat kerjasama dan kreativiti yang ada dalam diri ahli flash mob tu masing-masing. 

Flash mob ada dalam banyak bentuk lagi,silent disco apa kejadah tu, pillow fight dan flash mob juga sebenarnya dikenali sebagai smart mob dalam politik untuk mengekspresikan political protests tp editor lagi prefer flash mob berbentuk hiburan. Boleh masuk YOUTUBE. kan ? 
Admin Kita On Friday, October 21, 2011 At 9:30 PM

  'Busking' adalah satu bentuk persembahan secara muzikal mahupun perkara yang boleh menarik perhatian orang ramai di tempat-tempat awam. Secara amnya, aktiviti ne bertujuan untuk mendapat ganjaran dalam bentuk wang ringgit. tapi kebanyakkan remaja sekarang melakukan aktiviti 'berbusking' ne sekadar suka suki kerana aktiviti ne sangat2x seronok dan boleh kurangkan stress. selain tu, banyak juga budak2x indiependent yang memperdengarkan lagu ciptaan mereka melalui aktiviti ne dan secara tidak langsung mempromosikan band mereka . sebenar2nya aktiviti ne agak sukar untuk dilakukan sebab 'berbusking' ne memerlukan keyakinan yang tinggi :) . Di sesetengah tempat buskers dianggap sebagai gangguan atau parasit, sementara yang lain pula menganggap ini sebagai kehidupan dan jiwa jalanan dan sesetengah dianggap sebagai tarikan pelancong. Bukan mudah untuk mendapat sambutan dengan serta merta, kebanyakkan buskers berjaya menarik perhatian ramai kerana semangat untuk menyampaikan dan mengkongsikan kegembiraan yang mereka lalui . orang2x mcm ne banyak mempelajari sesuatu melalui seni yang mereka perjuangkan.
                                            


p/s : dalam melakukan aktiviti seperti ini penghayatan adalah sangat penting. seseorang perlu melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan menikmati perkara yang dilakukan dengan jiwa masing-masing. 'berbusking' la kerana kita 'enjoy' melukan perkara tersebut dan bukan untuk mendapat ganjaran, barula kepuasan dapat dinikmati .


sekarang ne bukit bintang adalah tumpuan buskers . x tahu knapa, tapi bez gila sbb kebanyakkannya memang berbakat besar n memang hebat la.





p/s : kalau ada masa pergila try jalan2x dkt bb n tengok budak2x ne 'berbusking' . konfem blik korang semangat cri gitar, buat band , maen ramai2x n sudi berkongsi seni dengan orang laen :D


Selami, Hormati dan Nikmati Muzik Jalanan :)
Admin Kita On Thursday, September 22, 2011 At 6:10 AM
Kisah filem KAMI bermula dari detik berakhirnya siri TV-nya, apabila Abu (Nas Muammar Zar) melarikan diri dari pusat pemulihan setelah bergaduh dengan seorang tahanan lain sehingga menyebabkannya terjatuh dari atas rumah ke tanah halaman, lalu bertemu kembali dengan empat orang rakan karibnya Ali (Syarul Ezani), Lynn (Liyana Jasmay), Adii (Ani Zayanah Ibrahim) dan Sofie (Juliana Evans) yang baru meraikan berakhirnya peperiksaan SPM dan zaman persekolahan mereka.

Mereka berlima bersantai di pinggir tasik. Lynn menyebut serangkap sajak dari buku 'Utopia Trauma' yang menarik minat Abu.

Abu berjaya mencuri buku tersebut dari sebuah perpustakaan. Abu meminta untuk menumpang di rumah Ali kerana masih belum bersedia menemui ibu bapanya, dan Ali bersetuju. Selepas itu, Abu menziarahi ibunya sekejap tetapi melarikan diri semula sebelum bapanya sempat melihat kelibatnya. Ibu Sofie (Susan Manen) ditinggalkan Jamal di saat perkahwinan mereka begitu hampir. Dia menerima surat penerimaan permohonan Sofie dari Universiti Norweden lalu menyorokkannya dalam beg tangannya.

Lynn sudah menghentikan keluaran fanzine KAMI tetapi masih lagi menyamar sebagai Teka-Teki dan mengulas muzik untuk pihak majalah Junk. Dia telah menulis satu ulasan yang kurang memberangsangkan mengenai kumpulan The Disasters yang diketuai oleh Ali. Ali juga bekerja di agensi pelancongan tetapi langsung tidak suka pekerjaan ini, lagi menghampakan apabila ibu bapanya sudah bercerai dan ibunya hendak kahwin lagi.

Di sebuah gig meetUncleHussain di kota yang dikunjungi lima sekawan ini, Lynn bertembung dengan Boy (Zahiril Adzim), pengedar dadah yang pernah melibatkan diri Lynn dalam kegiatan pengedaran dadah ketika tinggal di Kuala Selangor dahulu. Abu mencetuskan pergaduhan dengan menumbuk sahabat Boy seterusnya Ali pula bertumbuk dengan Boy. Menyedari kehadiran orang awam, mereka meninggalkan tempat tersebut. Adii masih tertanya-tanya akan kehilangan rakan bual internetnya yang menggunakan ID 'Vanilla Ais'.

Adii mengakui yang dia amat sayangkan Vanilla Ais. Oleh itu, Abu cuba memuaskan hati Adii dengan menemukan seorang lelaki berusia pertengahan tahun untuk menyamar sebagai Vanilla Ais. (Vanilla Ais sebenarnya ialah abang kepada Abu yang ditikam sampai mati dalam episod kelima siri TV).

Pak Din, penyelia di tempat Abu ditahan cuba mencari Abu dan berjaya, namun Abu melarikan diri. Di satu babak lain, Boy menghampiri Lynn sekali lagi, tetapi Ali masuk campur dengan mencampakkan wang ke muka Boy sebagai lunasan hutang Lynn kepada Boy. Lynn yang kurang senang dengan campur tangan Ali bertindak memarahinya. Boy pula mula berdendam dengan Ali atas campur tangan itu.

Setelah terdesak, Ali menghubungi Razak seorang 'pusher' untuk mendapatkan bekalan pil khayal. Walaubagaimanapun panggilannya dijawab oleh Boy. Boy menyuruh Ali bertemu pekerjanya di satu tempat untuk mendapatkan bekalan tersebut. Ali terkejut apabila tiba di tempat yang dimaksudkan kerana Lynn menunggu di sana bersama bekalan dadah yang diminta dari Boy.

Kumpulan The Disasters iaitu kumpulan muzik Ali menghadiri sebuah lagi gig beraneka kugiran, tetapi meninggalkan pentas dengan tiba tiba akibat tidak tahan dengan masalah yang berlaku antara dia dan kawan-kawannya. Di luar ruang gig, Abu menegur Ali dan mereka berbaik. Akan tetapi, Ali meninggalkan Abu apabila Lynn pula datang dengan alasan mahu menyimpan gitarnya.

Apabila tiba di parkir, Ali didatangi Boy dan pergaduhan tercetus. Abu yang menyedari Ali pergi terlalu lama cuba mencarinya di parkir tersebut. Boy cuba menikam Ali dari belakang tetapi tikaman itu terkena Abu. Dalam perjalanan ke hospital dengan menaiki kereta Ali, Abu meninggal dunia di atas pangkuan Lynn.

Beberapa hari kemudian, Lynn menyedari bahawa beg galas milik Abu ditinggalkan di gerai milik ibunya. Lynn menarik keluar sekeping sampul yang tertulis 'untuk: Adii' lalu mengeposkannya kepada Adii. Melalui kandungan sampul tersebut, Adii akhirnya mengetahui rahsia di sebalik kehilangan Vanilla Ais.

Di akhir cerita, Ali meninggalkan kerjanya sebagai promoter agensi perlancongan dan kembali menyertai The Disasters dalam sebuah lagi gig. Sophie pula mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Ali menyerahkan buku sajak Utopia Trauma milik Abu yang ditemuinya di bahagian tempat duduk belakang kereta. Abu meninggalkan pesanan berbunyi "Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada", yang juga merupakan tagline filem Kami. Babak akhir cerita menunjukkan Ali dan Lynn berbual di hadapan rumah Lynn, sebagai tanda hubungan mereka yang kembali pulih.

SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/KAMI_The_Movie

 
p/s : ne trailer cerita ne.. try la tengok !

KAMI The MOVIE DVD Rip Download


KAMI ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia terbitan Redfilms dan edaran oleh Grand Brilliance pada tahun 2008, bertemakan kehidupan remaja dan muzik indie, selaku sebahagian inisiatif projek KAMI dan menyusuli siri televisyen KAMI yang keluar pada tahun 2007. Filem KAMI dibintangi Syarul Ezani Mohamed Ezzuddeen, Liyana Jasmay, Nas Muammar Zar, Ani Zayanah Ibrahim dan Juliana Sophie Evans, dan diarah oleh Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak (selaku pengarang skrip) serta Lina Tan selaku penerbit.



Watak Utama

1.Lynn (Liyana Jasmay)

2.Ali (Syarul Ezani Bin Mohamed Ezzuddeen)

3.Sofie (Juliana Evans)

4.Abu (Nas Muammar Zar)

5.Adii (Ani Zayanah Ibrahim)

6.Boy (Zahiril Adzim)



Pelakon Pembantu

Ibu Lynn (Rozie Rashid)

Ayah Ali (Mustapha Kamal)

Ibu Ali (Datin Norish Karman)

Ibu Sofie (Susan Manen)

Ayah Abu (Fathil Dani)

Ibu Abu (Dian P. Ramlee)

Video: XVID 640x480 25.00fps 919Kbps [Video 0]

Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 128Kbps [Audio 1]

Subtitle :

English (Download Here)

Malay : http://www.gigasize.com/get.php?d=7vxvw4sjm1f

http://www.sendspace.com/file/wrwdof

http://www.bigupload.com/files/P5Y7KM041Q/Kami.The.Movie.2008.DVDRip.Legend_(Malay_Subtitle).srt.zip.html

DOWNLOAD :
http://rapidshare.com/files/189768825/Kami.The.Movie.2008.DVDRip.part1.rar
http://rapidshare.com/files/189782915/Kami.The.Movie.2008.DVDRip.part2.rar
http://rapidshare.com/files/189773476/Kami.The.Movie.2008.DVDRip.part3.rar
http://rapidshare.com/files/189773462/Kami.The.Movie.2008.DVDRip.part4.rar
http://rapidshare.com/files/189768147/Kami.The.Movie.2008.DVDRip.part5.rar

 lagu yang cover cerita ne pon bez gak.. kebanyakannya dari independent band :)

Laila's Lounge - Mawar Khayalan

Twickheads - Guris 

                                       

Selami, Hormati, dan Nikmati Kehidupan Remaja :)

Admin Kita On Thursday, September 15, 2011 At 4:59 AM

:  Bike Fest ne merupakan event d mana orang ramai berkumpul untuk melihat dan menghargai semua jenis motorsikal. Event ne juga adalah platform utk penggemar motorsikal untuk berinteraksi dengan orang ramai serta mewujudkan kesedaran dalam masyarakat mengenai aktiviti sihat ne.

Event ne juga mempromosikan sukan yang menyihatkan badan serta memupuk perpaduan dalam masyarakat kita.

Event ne telah disahkan oleh Kementerian Budaya, Belia dan Sukan

p/s : utk mengetahui lebih lanjut, Layarilah laman web ne :
                     http://www.sabahbikefest.com/

Siapa2 yang ada masa jom join event ne. Jangan lupa ambil gambar utk upload dalam blog. Event ne bukan khas utk motorsikal sahaja, tetapi juga basikal. So, girl2 pon bole join event ne. 


Selami, Hormati dan Nikmati Penggemar 'Bike' :)
Admin Kita On Wednesday, September 14, 2011 At 11:50 PM
 Salam remaja buat semua, pada post kali ne editor ingin berkongsi sesuatu yang menyalahi undang2x tetapi remaja suka melakukannya kerana penentangan itu bagi remaja merupakan keseronokan. Seperti pada post yang lepas, remaja suka melakukan perkara yang berkaitan dengan seni. Ini kerana minda remaja lebih terarah kepada kreativiti dan bergantung kepada remaja tersebut untuk menyalurkan kreativiti tersebut dalam cara positif atau negatif.


GRAFITI
         Seni adalah satu bentuk ekspressi yg dibuat sebagai penghubung kepada minda. Dalam erti kata laen seni ne adalah tempat utk meluahkan sesuatu tapi dalam bentuk yang positif. Seni grafiti ne merupakan salah satu cara remaja utk mengekspressikan diri serta berkongsi minat sesama pengkarya.


 p/s : kerajaan telah menyediakan tempat2 tertentu utk remaja membersihkan dinding yg penuh dgn cop tapak kaki :P






p/s : kalaw mw tengok bnyak lagi try la pegi Pasar Seni. Sna bnyk sngat Grafiti yg bez2. Diorank buat dekat dinding Longkang besar mcm d atas ne..






LIGHT GRAFFITI
          Light Graffiti ne adalah  teknik fotografi dengan menggerakkan sumber cahaya atau menggerakkan kamera untuk membuat sesuatu bentuk . grafiti ne adalah grafiti moden di mana grafiti ne tidak menyebabkan kerosakan harta benda. 

 


p/s : ne tutorial untuk buat LG.. klaw nak lebih detail tengok ja dkat Youtube.


Kepada peminat seni, ekspressikan la bakat anda dengan cara yang positif. 

Selami, Hormati dan Nikmati Karya Seni :)



Admin Kita On Monday, September 12, 2011 At 2:32 AM
 




    jeng3x.. editor kali ne ingin mengkongsikan sesuatu mengenai aktiviti yang ramai antara remaja akan lakukan ketika ne. Kalau dulu, sebelum wujudnya internet dan sebagainya, seseorang akan meluahkan hatinya dengan menulis dalam diari. Tapi dengan munculnya segala kemudahan, maka semua orang boleh mencatat diari bahkan berkongsi informasi dengan menggunakan blog. Perbezaannya, diari orang dulu2 orang laen x bole baca, tapi skarang ne mudah, cari link blog dan terus dapat baca diari orang. xD. Sebenarnya, walaupun aktiviti berblogging ne kurang menyihatkan badan, tetapi dengan cara ini juga remaja dapat mengeratkan silaturahim sesama remaja serta berkenalan dengan remaja yang mungkin berbeza budayanya. Aktiviti ne adalah mudah, hanya perlu duduk depan laptop , fikirkan idea dan post la idea anda itu dengan semenarik yang boleh. Sekarang ne ramai remaja telah mula menjinakkan diri dalam aktiviti ne dan sesetengah blog mereka adalah sangat menarik. Editor telah banyak melihat pelbagai jenis blog sama ada blog peribadi mahupun blog perkongsian. Kebanyakkan blog yang wujud, merupakan karya remaja memandangkan pemikiran dan minda remaja yang sering berkembang dan mencurahkan idea. Pada kali ne, editor ingin berkongsi beberapa blog yang bagi editor sangat menarik dan mungkin boleh berkembang pada masa akan datang.


1) Blog Serius
http://blogserius.blogspot.com/



p/s : blog ne sangat bez sebab blog ne sering berkongsi maklumat terkini serta post2 yang tidak kurang lawak.

2) Realiti Konspirasi
http://zackzukhairi.blogspot.com/


p/s: walaupun blog ne merupakan blog personal, tetapi editor sangat menyukai penulisan bahasa yang digunakan .

3) Tiara Fazlin
http://tiarafazlin.blogspot.com/



p/s : ne lagi satu blog personal tetapi kebanyakan post lebih kepada aktiviti luar negara sebab penulis blog ne tengah study d oversea. try la ushar2

4) Hazz Death
http://hazzdeath.blogspot.com/



p/s : ha ne pon blog personal, tapi yang beznya blog ne canggih la katakan. penulis blog ne kreatif dalam menghasilkan sesuatu. good job bro!!

5) Blog Gary
http://garyasip.blogspot.com/



p/s : ne plak blog lebih kurang gak dengan blog Hazz Death. Simple tapi padat. walaupun keseluruhan blog lebih berbentuk peribadi tapi  penulis blog ne agak sporting ( da ada org punya). so, try la tengok2 k.

5) Anjel Lovelicious
http://anjelsaranghae.blogspot.com/



p/s : ha, ne blog terakhir yang dapat editor kongsikan. blog ni personal gak. tetapi penulis blog ne peramah sangat2x. penulis ne akan melayan apa jua komen2 anda. editor post kan blog ne skali sebab nak tujukan terima kasih sebab penulis blog ne merupakan orang pertama yang follow blog ne. arigatou gozaimas!


sampai sini sahaja yang dapat editor kongsikan kepada kawan-kawan sekalian, sebenarnya banyak lagi blog yang menarik tapi kalau nak kongsikan semua esok pon x abes. Apa2pun, sekiranya kawan-kawan ada terlebih masa selain fb 2. try2 la blogwalking. pasti kurang menyesal. Sekian.

Selami, Hormati, dan Nikmati Idea Orang Laen :)